Pages

Wednesday, 6 November 2013

Saturday, 28 September 2013

Ni dia jamban yang paling selesa di dunia

Kalau mcm ni lh jamban kita di rumah..konfom tertido time kita berak ni...

Sunday, 15 September 2013

Jalan-jalan cari makan

Sesudah saja smpai daro..jum kita makan yang special dekat sini...nyum2...its so seeeddddaaaapppp...

Friday, 13 September 2013

Thursday, 5 September 2013

Monday, 2 September 2013

BRIM 2.O KELOMPOK 2

Kepada yang belum menuntut BRIM 2.0 kelompok 2..sila tampil untuk menuntut baucer anda di Pejabat Daerah Dalat pada hari ini 03.09.2013..

Monday, 26 August 2013

Kasihan si suami menjadi mangsa si isteri

KISAH PERTAMA>>>

Laki telefon,

Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa? Bini jawab,

Tak mau bang, bini awak diet...

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...

Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot

Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....

Bila laki tanya balik,

Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,

memangla orang kata tak mau apa-apa...

Tapi belikan jer la apa-apa....

Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------KISAH KEDUA>>>>

Laki telefon bini,

Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,

Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak

Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.

Sampai umah, sendawa bau kamben...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,

Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------KISAH KETIGA>>>>

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!

Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke. .. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....

Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------KISAH KEEMPAT>>>>

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,

Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------KISAH KELIMA>>>>

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau

Abang tak kesian bini abang ker...

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?

Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?

kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------KISAH KEENAM>>>

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...

bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi.. .. Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya Alah abangni... kan baju

anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org

nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... Apa pesen

baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler

merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha... Kesian

lelaki... alahaii.... p/s: hanya untuk hiburan semata-mata :)

jgn pulak ade yg terase yee

Sunday, 25 August 2013

hukumnya berjimak sebelum mandi wajib

uztaz.apa hukumnya berjimak sebelum mandi wajib. Adakah berdosa?

Jawapan

Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan berjimak kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.

Berjimak Sebelum Mandi Haid

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas.

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas.

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.

Hukum terjumpa duit

mungkin anda pernah menjumpai duit sebelum ini,apa tindakan anda? secara jujur jika admin terjumpa duit memang tidak ambil duit tersebut hanya biarkan sahaja jika orang lain terjumpa terpulanglah samada nak ambil atau hanya membiarkannya sahaja.berikut perkongsian hukum terjumpa duit dan menggunakannya

Soalan salam ustaz,haritu saya terjumpa duit RM50,lalu saya belanja kawan-kawan makan guna duit itu apakah hukumye ustaz?

Jawapan Wassalam, dalam kes ini duit tersebut bukan milik anda. oleh itu, anda tidak boleh menggunakannya sebagaimana wang anda sendiri.

Oleh sebab anda telah menggunakan wang tersebut untuk membelanja makan kawan-kawan anda, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikira seperti memakan harta orang lain. hukum memakan harta orang lain tanpa izin tuannya adalah dilarang (haram) di dalam Islam.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya menggantikan wang tersebut dengan wang anda sendiri dan masukkannya ke dalam tabung masjid atau surau yang berhampiran dengan anda. semoga pahalanya akan sampai kepada pemilik wang tersebut. Wallahu ‘alam.

Ibu kita seorang penipu..?

Memang agak kasar bunyinya siapa tak marah jika orang kata ibu kita seorang penipu.Tapi itulah hakikatnya admin dedahkan apakah penipuan yang telah ibu kita lakukan lihat dan hayati betul-betul

1.Waktu makan, dia selalu menyisihkan daging ikan atau lauk pauk yang lain untuk anaknya atas alasan "mak tak suka makan lauk ni, kau makanlah..."

2.Jika simpanan makanan semakin kurang, dia akan memberikan bahagiannya kepada anaknya dan berkata "makanlah.., mak tak lapar lagi..."

3.Apabila sampai waktu tidur, dia masih berjaga kerana ingin menjaga anaknya yang sedang sakit, lalu berkata : "Tidurlah nak.., mak temankan... lagipun mak belum mengantuk..."

4.Setelah anaknya tamat sekolah dan mendapat pekerjaan, lalu mengirimkan sejumlah wang untuk ibunya, lalu ibunya berkata : "takpe, simpanlah untuk keperluan kau.., duit makpun masih ada lagi..."

5.Apabila anak semakin berjaya, hidup senang lalu mengajak ibunya untuk tinggal bersama-sama di rumah besar, ibunya membalas pelawaan itu dengan berkata : "Mak lagi suka tinggal kat rumah kampung ni, selesa lagipun tak ada siapa yang nak jaga ayam yang mak bela tu..."

6.Namun yang sepatutnya anak-anak tak boleh terima adalah apabila ibu mengalami masalah kesihatan dan sakit kuat, lalu si anak menangis, lantas dalam keadaan masih boleh tersenyum dia berkata : "Jangan menangis nak, mak tak apa-apa... Mak cuma kena berehat kejap, letih agaknya..."

Jadi setelah anda baca perkongsian ini apa yang anda rasa??? dimana ibu anda sekarang? dalam sebulan berapa kali anda telefonnya? bagi anda yang bekerja jauh ingatlah tanpa ibu siapalah kita hargailah sebelum terlambat.

Matahari terbenam

Oh matahariku..please dont go away..huhu

Tuesday, 20 August 2013

Wednesday, 7 August 2013

Tuesday, 30 July 2013

Berpuasa Tapi Tidak Solat

Firman Allah Yang Bermaksud:
Wahai Orang-orang Yang Beriman,Di Fardukan Ke Atas Kamu Puasa Seperti Yang Di Fardukan Ke Atas Umat Sebelummu,Semoga Kamu Akan Mendapat Ketaqwaan.
AL-Baqarah (2:183)

Dalam ayat Di Atas Jelas Allah Mewajibkan Kita Untuk Berpuasa,Tetapi Yang Menjadi Isunya Ialah Apabila Kita Hanya Berpuasa Tapi Tidak Solat.Ini adalah Perkara Yang Sudah Menjadi Kebiasaan.Mengapa Mereka Hanya Rajin Berpuasa Tetapi Tidak Solat.?
Bukankah Puasa Itu Lebih Sukar Berbanding Mendirikan Solat.?Solat Hanya 5 Minit,Paling Lama Pun 15 Minit.Kalau Puasa,Masa Yang Diambil Lebih Dari 12 Jam Seharian

                                                                                                            


Sunday, 28 July 2013

Teddy bear chasing

Teddy bear..?.hehe.macho kh kalau lelaki pakai chasing teddy bear..?.hehe

Notis gangguan air bagi kawasan Dalat

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JKR Dalat akan menjalankan kerja penyelenggaraan dan membaik pulih tangki penapisan (Filter tank) di loji air dalat pada tarikh tersebut.

Saturday, 27 July 2013

jom berbuka puasa

Hohoho.jom berbuka puasa.tapau kfc tadi..nyum-nyum...

Santai-Santai

Jom santai.sambil menunggu waktu berbuka puasa..juh.indahnya matahari mahu terbenam.hehehe

Friday, 26 July 2013

Taman Klideng Dalat

                                                              Taman Klideng Dalat


Inilah Yang Dinamakan "Klideng" Oleh Masyarakat Melanau Dalat.Walaupun Usianya Zaman Nenek Moyang Kita Dahulu.."Klideng" Ini Tetap Berdiri Dengan Megahnya Meninggalkan Sejarah Disebalik Kemisteriannya.
Pandangan Jarak Dekat

"Klideng" Ini Boleh Dilihat Di Taman Klideng Yang Berada Di Tengah-tengah Pasar Dalat.

Thursday, 25 July 2013



Salam Jumaat Sekalian Kepada Kaum Muslimin Dan Musliman.Penghujung Segala Hari.Jom Kita Pergi Masjid Solat Jumaat Berjemaah Ramai-ramai.Dapat Juga Pahala Nanti.Hehe

Posing-posing

Yup..sebelum balik kerja..inilah kerja saya.hehe

Selamat Malam

 Hari Siang Diganti Dengan Hari Malam..Hari Malam Diganti Dengan Hari Siang..Kini Tiba Masa Kita Untuk Melelapkan Mata.SELAMAT MALAM SEMUA


K-colly

Mahu putih seluruh badan..minum lh k-colly..saya minum ini jgak..hehe

Jom kita berbuka puasa

Bagi yang kaum muslimin dan musliman.selamat berbuka puasa..Hari ini makan dekat SCR..hehe

Wednesday, 24 July 2013

Pokok Rumbia

Inilah Dia Pokok Yang Dinamakan Pokok Rumbia Atau Masyarakat Melanau Panggil "Balau".

Setelah Cukup Matang.Ia Akan Ditebang Untuk Dikilang Bagi Memproses Untuk Membuat Tepung Sagu.

Pokok Rumbia Yang Sudah Ditebang

Inilah Keadaan Pokok Rumbia Yang Dipotong Pendek

Siap Diikatkan Dan Dihantar Ke Kilang


Di Zaman Nenek Moyang,Batang Rumbia Akan Diparut Dengan Pemarutnya Sendiri.Cara Ini Memang Lambat Untuk Memproses Tepung Sagu.Sekarang Sudah Ada Kilang Dan Senang Pemprosesannya Bagi Menghasilkan Tepung Sagu.
Batang Rumbia Yang Sudah Dibuang Kulit Kerasnya

Inilah Dia Batang Rumbia Yang Akan Diproses Untuk Penghasilan Tepung Sagu..Jom Pergi Sarawak

Duit..?

Kalau lah anda ada duit sebanyak begini..apa anda akan buat..hehee

Tuesday, 23 July 2013

Jom Makan Masakan Orang Sarawak

Bila Makan Linut,Jangan Sorang-sorang.Ajak Jiran,Sepupu Mahupun Kawan-kawan Anda Yang Tahu Makan Linut Ini.

Inilah Dia Linut Beserta Sambal-sambalnya Yang Siap Untuk Disaji 


                             Nyum-nyum.Memang Bestkan Bila Makan Ramai-ramai Macam Ini

Masakan Linut.. Only In Sarawak

Masakan Linut Amat Terkenal Dikalangan Kaum-kaum Di Negeri Sarawak..Cara Membuatnya Pun Senang Dan Cuma Tepung Sagu Sahaja Yang Untuk Membuatnya
                                                                    Tepung Sagu


                                                                    Tepung Sagu



Inilah Dia "Linut" Yang Siap Dibuat.Cara Membuatnya Pun Senang,Cuma Tambah Dengan Air Yang Betul-betul Panas.

Mahu Lebih Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Sarawak..Jomlah Pergi Sarawak..

Wow.Kini Sagu Sudah Terkenal Dengan Rasanya

 Walaupun Zaman Sudah Maju.Masyarakat Melanau Mukah Sudah Ada Daya Tarikan Sendirinya..Dari Dulu Sampai Sekarang Ramai Yang Masih Memakan Snek Yang Dipanggil "Sagu".
Jom..Kita Try Rasa..

                                         
                                            Inilah Rupa Sagu Diproses..Fuh..Penat Makcik Tu Cakap



    Ingin Mencuba Rasa Sagu..Jom Pergi Sarawak.

Kenyuma

Ini Dipanggil Kenyuma,.Walaupun Ia Agak Menjijikan.Tetapi Rasanya Memang PERGGGHHHH...Makan Bersama Dengan Sagu..Pasti Nak Lagi

Its Call Ulat Mulung And Melanau Sarawak Said Its "Siet"..Very Delicious..

Ini Dipanggil Ulat Mulung Tau Pun Kaum Melanau Mukah Memanggilnya Siet.