Pages

Monday, 26 August 2013

Kasihan si suami menjadi mangsa si isteri

KISAH PERTAMA>>>

Laki telefon,

Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa? Bini jawab,

Tak mau bang, bini awak diet...

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...

Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot

Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....

Bila laki tanya balik,

Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,

memangla orang kata tak mau apa-apa...

Tapi belikan jer la apa-apa....

Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------KISAH KEDUA>>>>

Laki telefon bini,

Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,

Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak

Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.

Sampai umah, sendawa bau kamben...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,

Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------KISAH KETIGA>>>>

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!

Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke. .. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....

Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------KISAH KEEMPAT>>>>

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,

Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------KISAH KELIMA>>>>

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau

Abang tak kesian bini abang ker...

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?

Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?

kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------KISAH KEENAM>>>

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...

bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi.. .. Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya Alah abangni... kan baju

anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org

nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... Apa pesen

baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler

merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha... Kesian

lelaki... alahaii.... p/s: hanya untuk hiburan semata-mata :)

jgn pulak ade yg terase yee

Sunday, 25 August 2013

hukumnya berjimak sebelum mandi wajib

uztaz.apa hukumnya berjimak sebelum mandi wajib. Adakah berdosa?

Jawapan

Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan berjimak kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.

Berjimak Sebelum Mandi Haid

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas.

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas.

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.

Hukum terjumpa duit

mungkin anda pernah menjumpai duit sebelum ini,apa tindakan anda? secara jujur jika admin terjumpa duit memang tidak ambil duit tersebut hanya biarkan sahaja jika orang lain terjumpa terpulanglah samada nak ambil atau hanya membiarkannya sahaja.berikut perkongsian hukum terjumpa duit dan menggunakannya

Soalan salam ustaz,haritu saya terjumpa duit RM50,lalu saya belanja kawan-kawan makan guna duit itu apakah hukumye ustaz?

Jawapan Wassalam, dalam kes ini duit tersebut bukan milik anda. oleh itu, anda tidak boleh menggunakannya sebagaimana wang anda sendiri.

Oleh sebab anda telah menggunakan wang tersebut untuk membelanja makan kawan-kawan anda, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikira seperti memakan harta orang lain. hukum memakan harta orang lain tanpa izin tuannya adalah dilarang (haram) di dalam Islam.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya menggantikan wang tersebut dengan wang anda sendiri dan masukkannya ke dalam tabung masjid atau surau yang berhampiran dengan anda. semoga pahalanya akan sampai kepada pemilik wang tersebut. Wallahu ‘alam.

Ibu kita seorang penipu..?

Memang agak kasar bunyinya siapa tak marah jika orang kata ibu kita seorang penipu.Tapi itulah hakikatnya admin dedahkan apakah penipuan yang telah ibu kita lakukan lihat dan hayati betul-betul

1.Waktu makan, dia selalu menyisihkan daging ikan atau lauk pauk yang lain untuk anaknya atas alasan "mak tak suka makan lauk ni, kau makanlah..."

2.Jika simpanan makanan semakin kurang, dia akan memberikan bahagiannya kepada anaknya dan berkata "makanlah.., mak tak lapar lagi..."

3.Apabila sampai waktu tidur, dia masih berjaga kerana ingin menjaga anaknya yang sedang sakit, lalu berkata : "Tidurlah nak.., mak temankan... lagipun mak belum mengantuk..."

4.Setelah anaknya tamat sekolah dan mendapat pekerjaan, lalu mengirimkan sejumlah wang untuk ibunya, lalu ibunya berkata : "takpe, simpanlah untuk keperluan kau.., duit makpun masih ada lagi..."

5.Apabila anak semakin berjaya, hidup senang lalu mengajak ibunya untuk tinggal bersama-sama di rumah besar, ibunya membalas pelawaan itu dengan berkata : "Mak lagi suka tinggal kat rumah kampung ni, selesa lagipun tak ada siapa yang nak jaga ayam yang mak bela tu..."

6.Namun yang sepatutnya anak-anak tak boleh terima adalah apabila ibu mengalami masalah kesihatan dan sakit kuat, lalu si anak menangis, lantas dalam keadaan masih boleh tersenyum dia berkata : "Jangan menangis nak, mak tak apa-apa... Mak cuma kena berehat kejap, letih agaknya..."

Jadi setelah anda baca perkongsian ini apa yang anda rasa??? dimana ibu anda sekarang? dalam sebulan berapa kali anda telefonnya? bagi anda yang bekerja jauh ingatlah tanpa ibu siapalah kita hargailah sebelum terlambat.

Matahari terbenam

Oh matahariku..please dont go away..huhu

Tuesday, 20 August 2013

Wednesday, 7 August 2013